Pada era ‘dotcom’ ini, banyak
negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media mereka. Kehadiran
teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas
mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media.
Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya
teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah
dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan
pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah
bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya boleh dilakukan melalui alam
maya.
Walau
bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi
negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif.
Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Internet
juga menjadi tempat penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan
generasi muda pada zaman moden ini. Gambar dan bahan pornografi yang lain
mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan
pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini.
Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan dengan
membiakkan lagi penyebaran unsur-unsur negatif. Kafe-kafe ini merupakan pusat
perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia.
Jika perkembangan multi media tidak
dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam Malaysia,
sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan melalui internet dengan niat
yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan
kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri.
Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan
kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam
negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat
jahat ini, keadaan akan bertambah buruk dan semakin berleluasa.
Oleh
itu, langkah-langkah untuk mengatasi penyalahgunaan internet perlu diambli bagi
mengelak daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat semakin berleluasa pada masa kini. Pengaplikasian yang bermanfaat dapat memberi banyak faedah kepada masyarakat dan sebaliknya. Hal ini, seseorang individu seharusnya bijak berfikir dan menggunakan kemudahan dalam ICT supaya teknologi ini tidak di salah gunakan.
ReplyDeleteSiti NurFazila Binti Jusoh @ Yusof
A133564
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat didunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Maka dengan itu, terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakan internet dengan sebaiknya atau menyalahgunakannya. Hal ini demikian kerana seorang yang matang berfikir akan mengelak dari melakukan penyalahgunaan internet kerana banyak kesan yang negatif yang akan berlaku terutamanya kepada diri, keluarga, negara dan agama.
ReplyDeleteANIS HANANI BINTI ZAKRI.
A133594.
Isu penyalahgunaan internet perlu dipandang serius kerana jika kita lihat pada hari ini perkembangan internet menjadi satu keperluan dalam perhubungan manusia. Internet menjadi keperluan asas manusia dalam perhubungan dan menyebarkan informasi sama ada yang berilmiah ataupun tidak. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan internet perlu dipandang serius kerana ia dapat menjejaskan hubungan sosial mendatangkan banyak kesan negatif terhadap masyarakat.
ReplyDeleteNor Syafiqah binti Mhd Sabri
ReplyDeleteA133338
perlu disiplinkan diri untuk memanfaatkan dan tangani unsur-unsur negatif IT sebab diri sendiri yang kena buat pilihan sama ada nak buang masa melayari laman2 yang xberfaedah atau manfaatkan penggunaan internet dgn benda yang berfaedah.
ReplyDeleteSemua pilihan itu terletak kat tgn diri sendri sama ada untuk manfaatkan internet utk kemajuan diri, masyarakat atau sebaliknya.Kalau remaja nak terus terperangkap di bawah pengaruh unsur-unsur negatif dalam internet yg boleh merosakkan pemikiran mereka, tu semua pilihan mereka sbb wpun kerajaan buat mcm2 cara utk bendung masalaha ini, tp kalau diri sendri xambil inisiatif utk berubah, xberguna juga usaha yg masyarakat cuba buat.
penyalahgunaan internet ini sama seperti penyalahgunaan dadah. sifat asalnya bertujuan baik dan memperbaiki mutu kehidupan manusia akhirnya disalahguna kerana 'kreativiti'dan nfsu manusia yg tak boleh dikawal. penyebaran dakyah2 palsu, penulisan yg membakar sifat kebencian, lucah, serta propaganda mencemarkan keamanan negara perlu dibendung dan diambil tindakan yg sewajarnya oleh pihak berkuasa. kebebasan media perlu ada hadnya bagi mengelak 'budaya bebas' acuan barat merosakkan generasi kita.tpi sbg permulaan generasi kita sendiri perlu sedar dan mempunyai keazaman utk berubah kearah lebih baik dan menjauhi salah laku pengunaan internet.
ReplyDelete